Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal

Sekarang ni kalau kita tengok banyak peluang untuk tambah pendapatan kan? Ada gang mak mak yg boleh dapat income hanya dengan stay di rumah, anak depan mata, dapat uruskan rumah macam biasa. Best kan?

Ada jugak yg tak perlu keluarkan modal, ada handphone & data dah boleh mula πŸ˜† tak dilupakan kerajinan lah semestinya πŸ˜† aisha nak share 3 tips mudah buat duit dari rumah tanpa modal besar ✨

1. TARGET YANG JELAS

Pernah tak ada pengalaman buat something tapi sekerat jalan? Mula mula je excited tapi dah bila tak nampak hasil rasa macam nak give up. Nak stop tak nak buat dah.

Dekat sini sebab kita takde target yang jelas. Kenapa kita nak mula kerja dari rumah? YES UNTUK DAPAT INCOME. Untuk ada pendapatan sendiri walaupon hanya bekerja dari rumah.


Bila dah ada kemahuan nak mula kerja dari rumah, aisha nasihatkan untuk buat target. Cuba tanya diri πŸ‘‡πŸ»

✅ Kenapa nak ada income?
✅ Apa yg kita boleh buat kalau ada extra income?
✅ Ada target saving?
✅ Target bercuti?
✅ Nak buat tabung kecemasan?

Bila ada target kita lagi jelas kenapa kita bermula & insyaAllah membantu untuk buat dengan konsisten. Aisha sendiri gunakan tips yg sama. Setiap tahun update vision board so kita nampak target yg nak kita capai untuk tahun tersebut.

2. ZERO RISK 



Yes seeloknya kita mula dengan something yg zero risk. Jangan ambik risiko untuk mula sesuatu yg baru kita nak buat. Kena ingat semua ada proses. Tak boleh terus nak berjaya

Jangan ambik jalan singkat & percaya skim yg ada dekat luar sana. Biasanya untuk yg baru nak mula jana income dari rumah boleh bermula dengan something zero cost & zero risk. 

Contoh risiko yg kena elak πŸ‘‡πŸ»

❌ Kena keluarkan modal yg besar
❌ Bisnes yg bermula dengan stock
❌ Join bisnes yg seakan skim cepat kaya

3. ZERO COST

Pilih bisnes yg bermula dengan cost yg rendah. Kalau ada yg zero cost mesti lah lagi bagus kan? Tapi zaman sekarang ni ada lagi ke bisnes yg tak perlukan modal



Adaa! πŸ˜† yes ada! Tak perlu keluar modal , postage pon tak perlu handle. Ni lah yg paling berbaloi untuk cuba kan? Jom aisha share dekat bawah jenis bisnes yang boleh cuba for newbies! πŸ₯°

BUAT DUIT DARI RUMAH TANPA MODAL

πŸ”° Affiliate Marketer

Affiliate shopee & tiktok, ni paling mudah nak buat & tak perlukan modal pon. Advantage la untuk siapa yg suka shopping tu πŸ˜† sambil shopping sambil review & duit masuk kaching kaching! πŸ˜‚

Kita just perlu review barang yg kita suka & share je link dekat tempat yg kita review tu. Boleh buat shoot video & gambar. 

πŸ”° Freelance Writer

Ni pon tak perlu keluarkan modal, boleh buat dari handphone @ lappy. Yg mana suka menulis boleh lah cuba. Zaman sekarang ni banyak peluang untuk freelance writer. Banyak perniagaan yg memang memerlukan khidmat freelance writer ni tau. Boleh cuba tau!

πŸ”° Dropship 

Konsep dropship ni pon lebih kurang macam affiliate cumanya lebih mudah sebab biasanya bahan marketing semua disediakan. Tinggal copy paste & kena rajinkan diri share dekat platform media yg ada. Urusan postage semua hq yg uruskan


Macam mana ? Membantu tak tips kerja dari rumah dari aisha ni? For me, apa pon kita nak buat kena betulkan niat okay? Niat nak bantu improve kewangan keluarga untuk keselesaan anak anak. Yg mana bujang maybe target nak ada saving kan? So make sure target kena jelas. 

Dekat sini aisha ada share platform bisnes online terbaik. Jemput lah baca πŸ₯°

Till next time insyaAllah! Jumpa lagi πŸ₯°

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023








Comments

Popular posts from this blog

COQ TROL PLUS SHAKLEE

Percutian Shaklee Setiap Tahun

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu