Tingkap Sejarah : Motivation


Sesekali apabila jiwa merasa lemah, 

putus harap 

dan pesimis,

Renungilah semula tingkap sejarah itu. 


“..Sejarah merupakan salah satu tentera

Allah yang akan menguatkan hati.” - Imam Abul Al Qasim Al Junaid. 


Sejarah silam kita akan selalu menguatkan;

kerana disana ada nasrullah, 

kerana disana ada penunaian janji Allah,

kerana disana ada sunnatullah. 


Hud: 120

‎وَكُلّٗا نَّقُصُّ عَلَيۡكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَۚ وَجَآءَكَ فِي هَٰذِهِ ٱلۡحَقُّ وَمَوۡعِظَةٞ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.


Keteguhan hati. 


Itulah hadiah Allah kepada rasulullah melalui surah hud.

Ketika nabi sedang diuji bertubi tubi dalam melaksanakan abid dan khalifahnya, 

Baginda juga teruji,

Baginda juga perlukan motivasi

Baginda juga perlukan word of affirmation

Baginda juga perlukan encouragement


Tapi bezanya rasulullah dengan kita adalah,

The only source of motivation, word of affirmation, encouragement baginda,

Semuanya bersumberkan dari langit.

Semua bersumberkan wahyu. 


Surah hud datang menggembirakan nabi

Surah hud datang meng”heal”kan nabi

Surah hud datang meng”affirm”kan hati nabi bahawa dia sedang dijalan yang benar.


“You are on the right track, muhammad.” Seolah olah begitu impack surah hud kepada nabi. 


Kerana didalamnya sarat dengan kisah kisah nabi yang juga daie terdahulu 

Yang diuji sama macam baginda

Yang melalui kesukaran yang sama

Yang menanggung beban yang sama

Dan Allah mengkhabarkan bagaimana akhirnya Allah menyelamatkan dan memenangkan para pejuangNya 

walau manusia membencinya, 

walau manusia cuba memadamkan api tauhid itu dengan mulut mulut mereka dan segala kekuatan yang mereka ada. 


Jika lemah, 

Carilah kekuatan pada Al Quran dan sirah. 

Anda pasti takkan pernah kecewa. 


Ayuh, sering seringlah kita menjengah ke jendela sejarah yang menguatkan jiwa itu 😎 motivation sebenar ✨



Comments

Popular posts from this blog

COQ TROL PLUS SHAKLEE

Percutian Shaklee Setiap Tahun

Perbezaan vivix & resv shaklee